Jumat, 27 November 2015

Banyak faktor yang menyebabkan duit kita bocor, tetapi berdasarkan pemerhatian saya,kebocoran paling utama ialah tiada matlamat kewangan! Duit dapat tiap-tiap bulan, tetapi tak tahu nak ‘dihala’ ke mana. Akhir sekali duit itu habis dibelanjakan. Akaun bank hanya jadi tempat ‘transit’ sahaja sebelum berpindah ke tangan orang lain. Yang tinggal hanyalah penat dan puas, tetapi akhirnya menyesal sebab duit itu habis pada kepuasan yang bersifat sementara…
Bagi orang berkeluarga, duit habis dengan alasan “mengembirakan keluarga”. Beli itu dan ini secara mewah. Bagi orang bujang, duit habis untuk makan dan melancong. Badan makin membesar, tapi tabung simpanan masih lagi kempis!
Jadi perkara utama untuk selamatkan duit dari kebocoran ialah menetapkan matlamat kewangan itu sendiri. Untuk jangka panjang, letakkan matlamat untuk ada HARTA yang cukup dan hidup sebagai seorang yang BEBAS… Financially free, insyaAllah… Untuk permulaan, letak matlamat setidak-tidaknya untuk cukupkandana kecemasan sebanyak 3 – 6 bulan pendapatan (atau gaji kasar) terlebih dahulu sebelum mampu terbang tinggi.

Duit Bocor Bila Tiada Matlamat

Kemudian fokus langsaikan hutang-hutang jahat satu persatu disamping meletakkan matlamat jangka pendek dan sederhana mengikut halatuju kehidupan masing-masing.
Fb zaidi ismail matlamat kewanganTips menarik diterangkan oleh Sifu Kewangan Tuan Zaidi Ismail. Boleh klik DI SINI untuk melihat posting asal beliau.
Bila sudah ada matlamat kewangan, kita akan berpada-pada dalam berbelanja selagi matlamat kita belum tercapai. Waktu itu barulah kita mula berfikir, daripada banyak buang duit dengan melancong, ada baiknya ‘melencong’ balik kampung untuk gembirakan orang tua dan memenuhkan tabung matlamat kewangan dahulu… insyaAllah..
Wallahu a’lam.

0 komentar:

Posting Komentar