Kerja yang bersifat ‘accessories’ sepatutnya kita kena bersikap berlebih kurang. Yang penting, matlamat utama tercapai dalam masa yang ada.
Idealist dan Perfectionist
Dulu saya pernah buat kerja cara idealist dan perfectionist. Semuanya nak terbaik, perfect. Kalau buat kerja, semua nak cantik dan paling baik hinggakan pada sekecil-sekecil perkara. Tapi rupa-rupanya sifat idealist dan perfectionist ni membuang masa. Nak dapat perfect, tapi ia memakan masa.
Kesilapan Dulu
Masa kendalikan sebuah persatuan di universiti dulu, saya cuba siapkan sebuah manhaj (guideline) tapi akhirnya tak siap hingga saya tamat belajar. Disebabkan terlalu banyak fikir dan mengkaji untuk dapat hasil yang perfect. Masa mula-mula masuk kerja pun begitu. Disebabkan nak buat terbaik, hasil kerja tak dapat siap dalam jangka waktu yang ditetapkan.
Capai Matlamat Utama Sudah Memadai
Sebenarnya, dalam buat kerja kita kena tahu matlamat. Asalkan matlamat utama tercapai, itu dah kira cemerlang. Semua kerja-kerja yang bersifat ‘accessories’ sepatutnya kita kena bersikap berlebih kurang. Contohnya, masa diberi cuma 3 hari. Saya sepatutnya buat apa yang terbaik untuk siap dalam tempoh 3 hari. Memang tak akan perfect, tapi ia dianggap sudah cukup perfect dalam waktu 3 hari.
Kalau bos bagi kerja contohnya, yang penting kena siap dalam waktu. Kualiti? Buatlah apa yang termampu dalam tempoh yang diberi. Itu dah memadai.
0 komentar:
Posting Komentar