Jumat, 27 November 2015

Banyak faktor yang menyebabkan duit kita bocor, tetapi berdasarkan pemerhatian saya,kebocoran paling utama ialah tiada matlamat kewangan! Duit dapat tiap-tiap bulan, tetapi tak tahu nak ‘dihala’ ke mana. Akhir sekali duit itu habis dibelanjakan. Akaun bank hanya jadi tempat ‘transit’ sahaja sebelum berpindah ke tangan orang lain. Yang tinggal hanyalah penat dan puas, tetapi akhirnya menyesal sebab duit itu habis pada kepuasan yang bersifat sementara…
Bagi orang berkeluarga, duit habis dengan alasan “mengembirakan keluarga”. Beli itu dan ini secara mewah. Bagi orang bujang, duit habis untuk makan dan melancong. Badan makin membesar, tapi tabung simpanan masih lagi kempis!
Jadi perkara utama untuk selamatkan duit dari kebocoran ialah menetapkan matlamat kewangan itu sendiri. Untuk jangka panjang, letakkan matlamat untuk ada HARTA yang cukup dan hidup sebagai seorang yang BEBAS… Financially free, insyaAllah… Untuk permulaan, letak matlamat setidak-tidaknya untuk cukupkandana kecemasan sebanyak 3 – 6 bulan pendapatan (atau gaji kasar) terlebih dahulu sebelum mampu terbang tinggi.

Duit Bocor Bila Tiada Matlamat

Kemudian fokus langsaikan hutang-hutang jahat satu persatu disamping meletakkan matlamat jangka pendek dan sederhana mengikut halatuju kehidupan masing-masing.
Fb zaidi ismail matlamat kewanganTips menarik diterangkan oleh Sifu Kewangan Tuan Zaidi Ismail. Boleh klik DI SINI untuk melihat posting asal beliau.
Bila sudah ada matlamat kewangan, kita akan berpada-pada dalam berbelanja selagi matlamat kita belum tercapai. Waktu itu barulah kita mula berfikir, daripada banyak buang duit dengan melancong, ada baiknya ‘melencong’ balik kampung untuk gembirakan orang tua dan memenuhkan tabung matlamat kewangan dahulu… insyaAllah..
Wallahu a’lam.



Masa motosikal saya hilang hari tu, saya tak kecewa sangat sebab motor tu dah cover takaful. Memang saya rugi, tapi taklah sebanyak mana. Cuma bila hilang motosikal, urusan jadi terganggu sekejap. Dari sudut duit tu tak merisaukan sangat, sebab saya sentiasa bersedia dengan simpanan kecemasan minium 3 bulan pendapatan. InsyaAllah duit tu cukup untuk beli motosikal baru secara tunai pada bila-bila masa. Kalau nak tunggu duit takaful, memang lambat. Mungkin 3 bulan atau 4 bulan baru dapat claim. Sedangkan saya perlukan motosikal untuk bergerak cari rezeki.
Walaupun ada kereta, saya tak suka bawa masuk ke tempat-tempat jem macam KL. Kalau di kampung tak apa. Kereta tu cuma bergerak beberapa kali jer seminggu. Itupun kalau keluar dengan anak-anak. Kalau setakat berdua dengan isteri, kami lebih selesa naik motosikal jer sebab jimat masa, tak perlu buang masa dalam jem. Saya memang alergik dengan jem! (“,)

Kenapa 3 Bulan Pendapatan?

Pasal simpanan kecemasan ni, selalu orang tanya saya, kenapa perlu simpan 3 bulan pendapatan? 3 bulan pendapatan tu, adakah sekadar gaji pokok atau termasuk elaun sekali? Sebenarnya, “3 bulan pendapatan” yang dimaksudkan ialah duit untuk menampung kos sara hidup bagi tempoh tiga (3) bulan. Maksudnya,kalau tetiba hilang sumber pendapatan, kita masih boleh survive sekurang-kurangnya untuk tempoh lagi 3 bulan tanpa menjejaskan gaya hidup.
Jangan jadi macam kes terbaru yang saya dengar, seorang doktor pakar yang pendapatan RM150,000 sebulan, tapi terpaksa bergolok gadai bila jari dia putus dipotong perompak! Walaupun pendapatannya besar, dia tak bersedia dengan simpanan kecemasan. Sekurang-kurangnya untuk tempoh recover hingga dia boleh bekerja balik.
Simpanan kecemasan tu sangat kritikal. Kalau motosikal hilang, kita boleh terus beli motosikal baru. Kalau hilang kereta, duit tu cukup at least untuk bayar deposit kereta baru. Kalau kena minor accident, duit tu cukup untuk repair motor atau kereta. Kalau kereta kemek sana sini tapi tak repair-repair, itu petanda mudah orang tu tak ready dengan 3 bulan pendapatan.

Simpan Tunai, Sulitkan Pengeluaran

Bagi saya, simpanan pertama yang kita kena buat ialah simpanan kecemasan. Jangan sibuk labur sana sini kalau simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan pun belum ada. Kalau pendapatan keluarga RM1,000, maksudnya mesti ready duit RM3,000. Kalau pendapatan keluarga RM5,000, kena ada RM15,000. Kalau RM10,000 sebulan, mesti ready RM30,000!
Duit simpanan kecemasan tu tak boleh diganggu untuk labur sana-sini sebagaimana artikel saya “Simpan 3 Bulan Pendapatan, Labur Selebihnya“. Kena simpan dalam bentuk tunai, tapi bukan dalam akaun bank yang senang dikeluarkan melalui mesin ATM. Takut panjang akal untuk berbelanja. Saya simpan duit kecemasan dalam akaun Tabung Haji. Kalau terdesak, saya terpaksa bawa buku ke kaunter Tabung Haji atau Bank Islam. Saya tak linkkan dengan kad ATM Bank Islam sebab takut bocor.
Lepas motosikal saya hilang hari tu, duit tu dah berkurangan sebanyak RM7,000. Duit tu saya kena cover balik dengan claim takaful dalam RM3,000, dan RM4,000 lagi dengan pendapatan bulanan saya. InsyaAllah bulan ni dah boleh tutup balik dana kemasan yang bocor tu.

Langsai Hutang atau Simpanan Dulu?

Lagi satu pasal bayar hutang. Antara langsaikan hutang dan buat simpanan, bagi saya keutamaan ialah buat simpanan 3 bulan pendapatan dulu, tapi dalam masa yang sama, ansuran pinjaman tu kena bayar macam biasa supaya rekod hutang kita cantik. Nanti senang nak buat apa-apa hutang baik dengan bank untuk masa depan.Tak perlu gopoh langsai semua hutang sampai habis duit simpanan. Takut nanti bila terdesak, terpaksa swipe kad kredit atau buat hutang lagi! Kalau cukup simpanan 3 bulan pendapatan, insyaAllah kita boleh bernafas lega walaupun masih ada hutang-hutang yang lain.
Akhir sekali nasihat saya, urus duit dengan betul walaupun pendapatan kita tak lah sebenar mana. InsyaAllah kita masih boleh hidup selesa. Jangan fikir kalau gaji besar, semua masalah kewangan akan selesai sebab hakikatnya, ramai orang pendapatan berbelas ribu sebulan, tapi tersepit dengan masalah kewangan. Dan saya jumpa ramai orang bergaji besar, tapi duit simpanan kecemasan pun tak ada! Kalau begitulah gayanya, saya rasa kawan-kawan pendatang Bangla dan Indonesia tu lebih kaya dari kita!

 Kerja yang bersifat ‘accessories’ sepatutnya kita kena bersikap berlebih kurang. Yang penting, matlamat utama tercapai dalam masa yang ada.
Idealist dan Perfectionist

Dulu saya pernah buat kerja cara idealist dan perfectionist. Semuanya nak terbaik, perfect. Kalau buat kerja, semua nak cantik dan paling baik hinggakan pada sekecil-sekecil perkara. Tapi rupa-rupanya sifat idealist dan perfectionist ni membuang masa. Nak dapat perfect, tapi ia memakan masa.
Kesilapan Dulu


Masa kendalikan sebuah persatuan di universiti dulu, saya cuba siapkan sebuah manhaj (guideline) tapi akhirnya tak siap hingga saya tamat belajar. Disebabkan terlalu banyak fikir dan mengkaji untuk dapat hasil yang perfect. Masa mula-mula masuk kerja pun begitu. Disebabkan nak buat terbaik, hasil kerja tak dapat siap dalam jangka waktu yang ditetapkan.
Capai Matlamat Utama Sudah Memadai


Sebenarnya, dalam buat kerja kita kena tahu matlamat. Asalkan matlamat utama tercapai, itu dah kira cemerlang. Semua kerja-kerja yang bersifat ‘accessories’ sepatutnya kita kena bersikap berlebih kurang. Contohnya, masa diberi cuma 3 hari. Saya sepatutnya buat apa yang terbaik untuk siap dalam tempoh 3 hari. Memang tak akan perfect, tapi ia dianggap sudah cukup perfect dalam waktu 3 hari.
Kalau bos bagi kerja contohnya, yang penting kena siap dalam waktu. Kualiti? Buatlah apa yang termampu dalam tempoh yang diberi. Itu dah memadai.

Jangan tunggu kesempurnaan untuk berjaya. Selama-lamanya anda tak akan sempurna.
Tak perlu segala-galanya sempurna untuk ke puncak jaya!
Itulah yang saya belajar dari memerhati orang berjaya.

KES 1: Tak Pandai Cakap Omputeh
“I was very happy today!”… bercakap dengan penuh rendah diri dan semangat dihadapan lebih 5,000 audience..
Saya tersenyum sendirian… dan belajar sesuatu dari beliau..

Beliau seorang penjual durian 25 tahun yang lalu, tapi sekarang dah ada bisnes yang merentasi sempadan negara. Hari ni dia seorang millionnaire! Saya dengar dia cakap bahasa Inggeris hancur lebur. Bahasa Melayu pun hancur!… tapi dia terus bercakap dan beri inspirasi kepada ribuan audience.

KES 2: Si Miskin Memulakan Bisnes
Seorang anak muda. Bujang. Keluarganya miskin. Nak mulakan bisnes dengan modal RM63 pada 15 tahun yang lalu terpaksa pinjam dengan kawan, bayar 3 kali!
Hari ni beliau financially free! Rangkaian bisnes beliau benar-benar kukuh di Malaysia… Pendek kata kalau dia tidur 10 tahun pun, duit yang dia dapat tiap-tiap bulan tak habis-habis untuk dia guna.
Macam paip rosak kata sifu kami. Tak boleh nak tutup pilinya.

KES 3: Si Bangkrap Memulakan Bisnes
Seorang ejen insurans yang kaya raya. Jatuh bangkrap setelah kegawatan ekonomi tahun 1987. Rumah terpaksa dilelong. Sentiasa dikejar along. Anak bini terpaksa tidur di kubur Cina untuk selamat dari diculik along.
Mulakan bisnes dalam keadaan miskin. Hari ni beliau dan anak-anak adalah millionnaire!

KES 4: Tak Tahu Internet Untuk Bisnes Antarabangsa
Sifu bisnes kami dah berumur pertengahan 60-an… tak mahir internet… tak tahu facebook… tak tahu youtube… tak berapa mahir macam mana nak foward email… anda tahu bisnesnya macam mana?
Bisnes beliau sedang berkembang di India, Australia dan Vietnam!
Aduh… apa lagi yang aku tak ada untuk berjaya… saya selalu fikir sendirian… kalau dia boleh, kami suami isteri mesti boleh!

KES 5: Grammar Tak Betul
Saya ikuti blog Pok Li taukey emas. Ternampak iklan ni.
Saya tanya isteri. “Ayang cuba tengok iklan ni. Betul tak dia punya English!”.
“Erm… macam ada yang tak kena” jawab isteri saya. Saya sambung, sepatutnya “How to be financially free with Public Gold”, atau “How to Get Financial Freedom with Public Gold”, betul tak? Isteri saya setuju.
“Ayang tahu tak dari situ Abang belajar something?” saya tanya isteri.
“Apa dia Bang?”
“Orang berjaya, tak perlu perfect! Yang penting kita buat ajer. Janji sampai maksudnya, itu dah cukup!”
‘Belasah’ Saja!
Tak kisah betul ataupun tak grammar iklan Pok Li tu, tapi mesejnya sampai. Dan Pok Li seorang yang financially free biar pun tak betul grammarnya! 
Ramai orang tak boleh pergi  jauh dalam hidup sebab terlalu takut itu, dan takut ini. Nak cakap omputeh, takut salah. Nanti orang nampak bodoh. Kita fikir itu dan ini menyebabkan kita ditakuk lama.
Saya nampak, orang Cina & India bukan betul pun diorang speaking, tapi mereka main belasah jer. Yang penting, mereka cakap bahasa Inggeris, dan audience faham. That’s it!
Awas! Keajaiban akan berlaku dalam hidup anda setelah membaca buku ini! Jangan baca!
Hikmah Dari Membaca
Itulah salah satu perkara yang saya belajar diri buku The Magic of Thinking Big! Buku yang sangat bagus, dan disarankan oleh ramai orang yang berjaya hari ini. Saya jumpa mana-mana orang berjaya, boleh dikatakan majoriti mereka recommend buku tu, termasuk sifu kami! Beliau baca 20 tahun yang lalu, that’s why mereka financially free hari ini.
Itulah kuasa buku. 1001 hikmah yang boleh kita dapat bila kita membaca!
Wallahu a’lam.

Assalamualaikum , salam sejahtera :)

Teringin nak main Piano/Keyboard dan Drum secara Online ? Kalau teringin meh aku bagi korang laman web nye .

Untuk main Piano secara online : http://virtualpiano.net

Tu kalau korang nak main Piano dan Drum secara online , tapi kalau nak main tanpa internet macam mana pula ?
Jangan risau , kat bawah ni aku sertakan link untuk download Software bagi main Drum dan Piano !

Kalau nak software main Drum, ni dia link untuk downloadnye :

Kalau nak software untuk main Piano , jom usha link kat bawah ni untuk download :




Lepas dah download , extract file tersebut dahulu lepas tu baru boleh guna.
Sedikit informasi mengenai software ini , sama juga macam tadi menggunakan sedikit sahaja Memory dalam komputer/laptop anda .
Software ni bukan sahaja boleh main piano , malah Drum dan Guitar pun boleh :D
Jadi , buat ape download software Drum tadi kan -.-''
hahaha

Terima kasih sudi singgah dan baca entri ini :)

p/s : yang dah ada piano , drum set dan guitar kat rumah tu , perlu juga ke korang try benda ni ? hehe ... dan seperkara lagi , software piano dan drum di atas adalah untuk main-main bagi mengisi kebosanan je . Bukan digunakan secara Professional okay :)

Jom Belajar Simple Magic tapi COOL

Assalamualaikum , salam sejahtera semua :)

Ada orang yang suka tengok Magic SAHAJA tapi tidak berminat untuk belajar .
Ada orang yang suka tengok Magic DAN berminat untuk belajar !
Jadi kepada yang minat nak belajar Magic secara suka-suka , jom kita tengok beberapa video kat bawah ni . InsyaAllah lepas korang dah tengok video kat bawah ni , mungkin korang tak sabar-sabar nak tunjukkan kat orang dan berminat untuk belajar Magic secara mendalam..hehe
Jom Layan...



lagi satu magic duit syiling..




Magic syiling ni bagi aku , sangat mudah untuk diaplikasikan tetapi kadang kala boleh cepat bosan.
Magic yang paling aku suka adalah...
Magic Card TRICK !! Yess , aku suka bermain dengan Card , bukan bermain card untuk berJUDI , tetapi untuk buat Magic .
Pada pendapat aku , Magic Card ni adalah sangat COOL dan juga boleh dipelbagaikan untuk mendatangkan Effect keterujaan kepada penonton kita .hehe
Jom layan tutorial beberapa Magic Card yang simple tetapi Cool..





Amacam ? Cool kan kedua-dua magic card kat atas tu ^.^
Berminat nak belajar lagi pelbagai magic card trick ? youtube.com sentiasa ada . Tulis je kat search box di youtube "aku nak belajar magic trick , boleh tunjukkan?" .Nanti akan keluar lah video yang kita carik .hehe , joking xD

p/s:Lepas dah tengok video-video tutorial magic di atas, adakah sudah timbul minat di hati korang untuk belajar Magic ? hehe .

Sekian


KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat dikesan mengaut keuntungan tanpa memikirkan nyawa orang awam apabila mengeluarkan serbuk kopi yang mengandungi racun di dalamnya.Namun, ia berakhir apabila anggota penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan Jakim  membuat serbuan ke atas premis syarikat terbabit, semalam.

Ketua Cawangan Penguat Kuasa Farmasi JKWPKL Adnan Salimin berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat orang awam serta risikan pihaknya selama sebulan.Menurutnya, premis itu dipercayai dijadikan tempat memproses dan membungkus serbuk kopi untuk merangsang seks dan melangsingkan badan.

Pemeriksaan mendapati serbuk kopi ini dipercayai mengandungi racun Sildenafil bagi kopi rangsang seks manakala Sibupralile dalam kopi pelangsing badan.Pengambilan racun ini sangat berbahaya, jika diambil secara berterusan dalam jangka masa panjang, ia boleh merosakkan hati, katanya.


Adnan berkata, sekotak kecil serbuk kopi ini yang mengandungi di antara enam hingga 10 paket kecil dijual dengan harga sekitar RM11 sekotak.Menurutnya, kopi ini dipaketkan untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

Katanya, pihaknya merampas kira-kira 100 kotak besar serbuk kopi dan lima buah mesin  memproses dan membungkus kopi berkenaan.Kes  disiasat di bawah Akta Racun 1952 iaitu sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli sembarangan kopi yang dijual pasaran tempatan.


10 Sebab Bahaya Manisnya Gula | Meski sudah mengetahui gula tidak baik untuk kesihatan, kebanyakan orang tidak mengangggap gula berbahaya. Paling tidak, gula dianggap tidak seburuk lemak tepu, garam, atau kalori. Mungkin ini yang menyebabkan sukarnya mengurangkan penggunaan gula.



Padahal, faktanya kebanyakan orang di seluruh dunia mengonsumi 500 kalori tambahan hanya dari gula yang mereka makan. Di balik manisnya gula, ternyata terkandung bahaya yang tidak boleh dianggap remeh.Berikut 10 kesan buruk daripada gula yang boleh jadi alasan anda perlu segera mengurangkan penggunaan gula.

1. Gula merosakkan jantung.
Meski sudah lama diketahui sebagai salah satu faktor risiko penyakit jantung, kajian dalam Journal of American Heart Association tahun 2013 akhirnya menemui bukti kuat tentang mekanisme bagaimana gula merosakkan jantung. Kajian menyatakan, molekul pada gula yang disebut glukosa 6-fosfat menyebabkan perubahan otot jantung yang berujung pada gagal jantung.

2. Gula membentuk lemak perut.
Kelaziman obesiti meningkat beberapa tahun terakhir, baik pada dewasa maupun anak-anak. Salah satu penyebabnya yaitu tingginya pengambilan minuman manis. Sebuah kajian mendapati, pengambilan fruktosa (salah satu jenis gula) berlebih menyebabkan bertambahnya lemak perut yang meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes.

3. Gula membunuh diam-diam.
Sebuah kajian tahun 2008 mengungkap, pengambilan fruktosa berlebihan dikaitkan dengan peningkatan risiko keadaan rintangan leptin. Leptin merupakan hormon yang memberi tahu otak jika perut sudah kenyang. Jika tubuh mengalami rintangan leptin, maka otak tidak akan merasa berpuas hati meski tubuh sebenarnya sudah kenyang. Akibatnya, kita tidak boleh menghentikan keinginan untuk makan. Dalam jangka panjang hal ini tentu menyebabkan obesiti. Hal tersebut terjadi perlahan, sehingga orang sering kali tidak sedar sudah mengalaminya.

4. Gula memberi makan sel kanser.
Setiap manusia berisiko kanser kerana mempunyai sel kanser di dalam tubuhnya. Walaupun begitu, tubuh mempunyai mekanisme sendiri untuk mematikan sel kanser sehingga sel tersebut tidak lantas berkembang menjadi kanser yang mematikan. Malangnya, pengambilan gula berlebihan akan merosakkan mekanisme tersebut. Ditambah lagi, kajian baru-baru ini mengungkap, gula merupakan nutrisi yang baik bagi sel kanser untuk berkembang.

5. "Ketagihan" gula boleh diturunkan.
Gula juga bersifat tambahan sehingga mungkin ada istilah untuk ketagihan gula. Malangnya, ketagihan gula ini boleh bersifat genetik yang dapat diturunkan, kerana melibatkan perubahan pada hormon ghrelin. Ghrelin merupakan hormon yang mengatakan pada otak saat tubuh lapar. Namun, perubahan pada hormon ini akan mengakibatkan tubuh lapar dan ingin makan terus menerus.
6. Gula dan alkohol mempunyai kesan racun yang hampir sama. 
Sebuah kajian dalam jurnal Nature menunjukkan gula boleh jadi sama bahayanya dengan alkohol. Kajian tersebut menunjukkan, pengambilan fruktosa dan glukosa berlebihan memberikan kesan racun pada hati. Kesan ini ternyata juga hampir sama dengan yang diberikan oleh alkohol.

7. Gula menurunkan kemampuan otak.
Gula diketahui boleh mempercepatkan proses penuaan sel, begitu pula sel-sel otak. Maka dengan mengambil banyak gula, sel-sel otak cenderung akan mengalami penurunan fungsi lebih cepat.

8. Gula sering bersembunyi pada makanan "tanpa gula".
Mengurangkan gula bukan hanya dengan mengurangkan makanan-makanan manis seperti gula-gula, kek, biskut, dan sebagainya, kerana sebenarnya ada juga makanan yang dianggap tanpa gula tetapi ternyata mengandungi banyak gula. Contohnya sos tomato, roti, kraker, dan lain-lain.

9. Minuman manis mungkin memendekkan umur.
Sebuah kajian tahun 2013 menganggarkan ada 180,000 kematian di seluruh dunia yang diakibatkan pengambilan minuman manis. Para penyelidik menyimpulkan, kematian mungkin disebabkan hubungan minuman manis dengan risiko seperti diabetes, penyakit jantung, dan kanser.

10. Gula membuat gemuk.
Fakta ini paling jelas terlihat dari pengambilan gula berlebihan. Pengambilan gula berlebih akan menyumbang pengambilan kalori yang seharusnya didapat dari makanan lain yang mengandung banyak zat pemakanan sehingga tanpa disedari kalori yang diasup melebihi dari batas kalori per hari dan membuat berat bertambah.




8 Penyakit Merbahaya Boleh Di Sembuh Dengan Berjalan Kaki | Pastinya ramai tidak tahu tentang cerita ini kan ? Hari ni admin akan kongsi tips menarik khas untuk korang pembaca blog ini ye. Sila Share Pada Rakan-rakan anda...


8 Penyakit Merbahaya Boleh Di Sembuh Dengan Berjalan Kaki

Jom baca 8 tips menarik ini khas untuk anda semua ye. hehe Jom baca dibawah

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.


2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.


5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.


6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.


7. Mencegah 
Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).


Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.


8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi. 

Nota : Harap korang bole manfaatkan info berguna ini ye. Tak rugi apa pun malah kesihatan anda juga terjamin kan. hehe.

Untuk menghilangkan bintik hitam atau putih di hidung, saya lebih gemar menggunakan jenama dari oxy kerana merasakan bahawa ianya melekat kuat berbanding biore nose pore pack. Bioglo juga best tapi pada saya oxy lagi best. Selain menggunakan pore pack diatas, terdapat petua-petua yang boleh digunakan supaya tidak berlaku pembaziran wang. 

Antara petua yang boleh menghilangkan bintik hitam pada wajah ialah:



1. Hilangkan bintik hitam dengan kentang

Parut sebiji kentang, kemudian sapukan pada wajah, hidung dan dagu selama 15 minit untuk menghilangkan bintik hitam. Biarkan ianya sehingga kering dan basuhkan muka anda dengan bersih selepas itu.
2. Hilangkan bintik hitam dengan lemon dan gula

Letakkan beberapa titisan perahan lemon keatas sesudu gula dan gosokkan secara lembut pada wajah, hidung dan dagu. Ianya mampu menanggalkan bintik hitam dan kulit-kulit mati pada wajah dan membuatkan kulit menjadi bersih dan bersinar/glowing


3.Hilangkan bintik hitam dengan yogurt
Ambi dua sudu makan yogurt dan sesudu makan perahan lemon. Campurkan bahan terbabit dan sapukan pada kawasan muka untuk menghilangkan bintik hitam


4.Hilangkan bintik hitam dengan lemon dan minyak zaitun.
Campurkan beberapa titis perahan lemon dengan 5 titis minyak zaitun. Kemudian sapukan pada kawasan yang ditumbuhi bintik hitam.
.Hilangkan bintik hitam dengan putih telur
Cara ini diaplikasikan oleh ramai orang. Ambil putih telur, kemudian sapukan pada wajah dan letakkan tisu pada wajah. Kemudian tarik tisu berkenaan apabila putih telur yang disapukan pada wajah sudah kering. Selain itu, ambil sebiji putih telur dan campurkan dengan sesudu makan madu. Campuran tadi kemudiannya diletakkan pada kawasan wajah. Kemudian ambil tisu dan letakkan pada wajah. Tunggu sehingga kering barulah dicabut tisu berkenaan.


6. Hilangkan bintik hitam dengan wapkan wajah
Wapkan wajah adalah perkara paling mudah untuk menghilangkan bintik hitam. Ianya mampu membuka liang-liang roma yang tersumbat dan membersihkan liang tersebut lalu menyebabkan bintik hitam segan untuk tumbuh dimuka. Wapkan muka anda dua kali seminggu. 
Dah baca?. Kesimpulannya terdapat pelbagai cara untuk menghiangkan blackhead pada wajah kita, sama ada menggunakan kos yang tinggi atau yang rendah. Jika anda semua rasa tidak perlu membazir, maka cubalah petua yang menggunakan bahan semulajadi di atas... 
Selamat mencuba.. 
SILA KONGSIKAN DGN RAKAN2 ANDA KLIK SHARE